TaWe oh TaWe

Baru-baru ini kecoh mengatakan UIA PJ akan ditutup dan akan dipulangkan ke tuannya semula. Untuk pengetahuan korang UIA PJ adalah pusat asasi untuk pelajar uia dan bangunan uiapj ni asalnya milik Universiti Malaya iaitu universiti yg terletak sebelah uia pj. UIA PJ hanya menyewa bangunan ini sahaja sementara menuggu UIA Gambang siap  untuk didiami oleh pelajar asasi uia. Maka tibalah masanya untuk bangunan usang ini dipulangkan kepada tuannya. Dan bersempena penutupan pusat asasi, dengarnya akan diadakan the last reunion for alumni uia pj pada 16 Disember 2017 tak silap aku. So jemputlah datang untuk melihat kesan-kesan tapak kaki korang. Hehe.

Ok itu intro je. Aku sebenarnya nak tulis pasal pengalaman aku kat uia ni. Sebelum terlupa kan, so aku tulis awal-awal supaya boleh dibaca pada masa depan. Huhu.

First of all, alhamdulillah aku baru saja menamatkan zaman asasi aku di uia pj. Selama setahun setengah belajar kat sana aku dapat banyak pengalaman terutamanya berdikari. Yelah untuk pengetahuan korang aku ni tak pernah duduk asrama. Dari kecik sampai lah form 5 duk rumah. Kat uia pj ni lah tempat aku rasa suasana baru iaitu suasana pelajar asrama. Rupanya best lah juga duduk asrama, tinggal dengan kawan-kawan.

Pada hakikatnya uia bukanlah pilihan aku sendiri walaupun UPU aku mintak uia sebagai first choice. Ni semua aku cuma ikut kata mak ayah aku je. Sebab apa? aku ni adalah makhluk yang paling lambat matang dalam keluarga aku. Dari kecik cita-cita aku berubah. Dari nak jadi cikgu sampailah jadi doktor dan sebagainya. Sampai akhirnya aku nak masuk Form 5 cita-cita tu semua hilang. Aku tak tahu nak jadi apa, nak sambung belajar mana. Dan pengetahuan aku tentang pengajian tinggi amatlah cetek sampaikan mana satu universiti awam dan swasta pun tak boleh nak beza lagi. Padahal abang dan kakak aku rata-rata berjaya masuk universiti tempatan mahupun luar negara. Tapi aku sikit pun tak ambil kisah sebab yang aku kisah adalah aku bangga ada abang dan kakak yang berjaya.

Pada jun 2016 selamatlah aku mendaftar sebagai seorang pelajar asasi uia. Waktu ni bulan puasa, jadi hanya mak dan ayah aku saja yang menghantar aku untuk daftar dan mengangkat barang-barang  dan beg yang berisikan makbapak segala gajah. Ok over pulak. Selesai mendaftar, dapatlah kunci bilik Mahallah Zainab atau lebih dikenali sebagai ZC (Zainab College).

gambar terakhir sebelum aku meninggalkan cfs


Not bad, aku dapat bilik level 2. Tapi level dua pun aku dah semput gila wehh. Yelah aku ni bukannya orang sihat sangat. Im very 'home person' you knoww. Hidup dan masa banyak habis kat rumah. Waktu sekolah, aku akan sekolah, waktu kelas pula pergi kelas. Selain daripada tu aku duk rumah je. Jarang gile la keluar. Since aku seorang yang agak 'introvert' aku lebih suka duduk kat rumah main phone dan menonton tv dan yang paling penting makan tak henti.  Siapa perangai macam aku? limited ok perangai camni. Budak sekarang suka jenjalan kan. Ok lari topik dah. HAHA

Bila dah dapat bilik, macam biasa kenal-kenal la ngan roomate baru. Alhamdulillah roommate semua baik-baik dan solehah. Aku orang yang paling blur tau masuk uia. Yelah, aku takda kawan weh, aku ada sorang je schoolmate tapi dia kos lain dapat pun mahallah lain. Program-program talk pun tak sama ngan dia. Nak tak nak aku kena cari geng baru juga. Seronok dapat kawan-kawan yang berlainan negeri. Dengar loghat bermacam negeri kadangnya membuatkan aku teruja belajar slang pelbagai negeri walaupun selalu kena bahan ngan member Kedah sebab katanya aku cakap Kedah bunyi macam orang Siam. Hahah

Setiap kali pelajar baru masuk universiti mesti ada orientasi kan. UIA pun ada okeyy. Tapi kat sini tak panggil minggu orientasi/minggu haluan siswa macam unversiti lain. Kitorang panggil TaWe iaitu Ta'aruf Week iaitu "ta'aruf" dari bahasa arab bermaksud pengenalan dan "week" bermaksud minggu. Ya, Minggu Pengenalan. Nampak tak uia betul betul mementingkan dua bahasa ini iaitu bahasa inggeris dan bahasa arab. Ini yang membuatkan aku makin suka uia tanpa sengaja. Sebab aku memang minat kedua-dua bahasa ni selain bahasa melayu dan korea. ops.

Sepanjang minggu TaWe, takde pun macam sesetengah universiti lain yang senior suka buli junior yang baru masuk. Not at all. Takde langsung. Aktiviti sepanjang TaWe adalah ambil exam EPT(English Placement Test), APT(Arabic Placement Test), Tilawah test dan Fardhu 'ain test. See, banyak gila test kau kena amik. Masuk-masuk dah kena exam. Hhaha. Sebenarnya exam ni adalah penentuan untuk pelajar kena amik kelas english/arab/tilawah/fardhu 'ain atau tidak. Kalau lulus, kau exempted dari amik kelas tu. Kalau tak lulus, kau kena amik kelas. Simple je. Tapi still ada Study Circle (usrah) yang semua wajib ambil. Alhamdulillah aku both language tak exempted. Aku redha je masuk kelas. Belajar kan, kan penting tu belajar. Huhu. Tilawah dan Fardhu 'ain pulak alhamdulillah aku exempted. So tinggal ambil subjek Study Circle je. :)

Habis segala mak nenek exam tu, mula lah pelbagai Talk dan Briefing diadakan. Aku dengan setiap hari berwajah redha dengan memakai tudung putih yang tak sempat nak basuh. Fuh aku tak tahu pulak kena pakai tudung putih sepanjang TaWe woii. Aku ada satu je tudung putih woi. Ampunkan aku pakai tudung tak basuh seminggu kawan-kawan. Walaupun tiada yang menegur bau dan rupa aku, aku tahu aku macamana waktu tu. Sangatlah selekeh. Macam budak Form 1 first time masuk asrama. Mungkin lagi teruk dari tu. Hm maka berlalulah waktu TaWe yang penuh dengan keredhaan.












Comments